lock

Ini baru betul !

Kepada penyokong-penyokong England yang masih lagi tidak sedar bahawasanya England hanya memberi harapan palsu, sudah-sudahlah tu. Lupakan sahaja seketika. Dah Roy Hodgson, apa boleh buat. Badi tak habis-habis.

Bagi mengubati luka anda penyokong-penyokong England, lebih baiklah anda layan game ini dulu. Kepada penyokong Jerman, Itali dan Portugal sementara menunggu separuh akhir berlangsung ....... Oh! Dan tidak lupa juga kepada penyokong Sepanyol sementara kita menunggu Casillas angkat piala, boleh juga lah layan game ini.

Melihat permainan yang majoriti pemainnya dibarisi dari Amerika Selatan lebih seronok untuk ditonton. Boleh menyejukkan mata, menenangkan minda dan yang paling penting mampu menutup mulut anda daripada membebel. Tidak akan ada "Kenapa Ashley Young main? Kenapa Young buat taik? Kenapa Young tak diving macam dia selalu pandai buat tu? Kenapa Young sepak penalti nak acah-acah sepak kuat? Tengok Pirlo, rilek sudah."

Menonton highlight game ini, ini baru betul. Baru betul perlawanan bola sepak. Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan yang berlangsung di Miami pada 23/6/2012. Stars vs Masters.


Stars :
Ochoa, Bocanegra, Juan, Materazzi, Cannavaro, Cavani, Seedorf, Gargano, Falcao, Suarez, Forlan.


Masters :
Pinto, Andre Santos, Lugano, Nesta, Demichelis, Hamsik, Mascherano, Drobga, Lavezzi, Messi, Milito.


Perlawanan yang sangat menarik. Perlawanan berkesudahan 7-7. Selamat menonton.







EURO 2012 : Preview Suku Akhir

Dah lama gua tak menulis. Blog ini pun dah lama tak update. Hari ini tiba-tiba mood untuk menulis datang. Mari kita menulis. :)

_____________________________________________________________


EURO 2012. Mungkin orang akan kata, "dah separuh jalan baru nak ulas?" Lantaklah! Masa peringkat kumpulan gua malas. Sekarang baru ada mood. :)

Malam ini, suku akhir membuka tirai. Boleh dikatakan semua pasukan yang melangkah ke suku akhir sudah dijangkakan. Cuma satu je. Belanda. Padan muka! Yang paling penting, padan muka kau ROBBEN! Main nak bolot je. :p



Czech Republic vs Portugal
Gua jangkakan game ini akan jadi sengit. Walaupun Czech Republic pada peringkat kumpulan bermain agak bosan, namun gua rasa mereka pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi di separuh akhir pula. Tapi dalam pada sengit itu, Portugal pasti tetap menjadi pilihan untuk layak. Dengan memiliki seorang kapten yang poyo, pastinya dia mahu menambah ke-poyo-annya dengan melangkah sejauh mungkin dalam Euro edisi kali ini. Tambahan pula, hakikatnya Portugal memang memiliki skuad yang kuat. Jika kita lihat pada line-up, mereka memang power.

Rating Jangkaan Keseronokan Perlawanan / Rating of Expected Game Excitement : 7/10
Ramalan : Czech Republic 1 - 2 Portugal



Jerman vs Greece
Semua pasti sudah menjangkakan yang game ini akan didominasi oleh satu pasukan sahaja. Jerman. Jerman sudah tentu menjadi hot favourite ke separuh akhir, malah hot favourite untuk ke final. Juga menjadi hot favourite untuk kalah di final kepada Sepanyol. Kejap lagi aku cerita. Jerman yang menjadi satu-satunya pasukan pada edisi kali ini yang mendapat mata penuh di peringkat kumpulan sudah cukup untuk mencuakkan Greece. Namun, mereka perlu ingat, Greece merupakan bekas juara yang telah menjulang piala keagungan Eropah ini pada tahun 2004. Ketika itu, Greece bukanlah pilihan, sama seperti pada edisi kali ini. In football, anything can happen. Nothing is impossible. Jadi, bagi gua Jerman berada dalam keadaan yang lebih tertekan kerana semua menjangkakan game yang cantik daripada Jerman. Greece got nothing to lose. Hati-hati Jerman!


Rating Jangkaan Keseronokan Perlawanan / Rating of Expected Game Excitement : 7.5/10
Ramalan : Jerman 2 - 0 Greece



England vs Itali
Game yang pastinya menarik. Kedua-dua pasukan boleh dikatakan menunjukkan kecemerlangan di peringkat kumpulan. Masing-masing memperoleh 2 kemenangan dan 1 seri. Satu keputusan yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua negara yang dilabelkan sebagai salah satu pasukan yang akan menyengat pada edisi kali ini. Sukar untuk memilih pasukan manakah bakal menempah tiket ke separuh akhir. Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang di setiap posisi. Memiliki pemain-pemain yang bertaraf star. Andy Carroll dan Mario Balotelli, misalnya. Mempunyai kapten yang amat berwibawa atau yang bahasa omputih yang lebih sesuai adalah 'commanding'. Pastinya, Steven Gerrard dan Gianluigi Buffon. Kedua-dua mereka mampu membimbing pasukan dan yang paling penting mampu menaikkan semangat rakan-rakan sekiranya ketinggalan. 



Rating Jangkaan Keseronokan Perlawanan / Rating of Expected Game Excitement : 8.5/10
Ramalan : Perlawanan berkesudahan 2-2 dalam tempoh 120 minit. Perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti. England menang 4-3.



Sepanyol vs Perancis
Perlawanan yang akan menjanjikan keseronokan maksimum. Sepanyol lawan apa pun akan menjanjikan keseronokan. Nak pula lawan Perancis. Keseronokan maksimum. Benzema akan bertemu Alonso, Sergio Ramos & Casillas. Nasri akan bertemu Silva. Namun, gua rasa, Sepanyol tidak akan mengalami banyak masalah untuk menundukkan Perancis. Nama pasukan Perancis tidaklah gah seperti suatu ketika dahulu. Di peringkat kumpulan pun, mereka nasib-nasib je dapat layak. Seperti yang telah gua katakan tadi, Sepanyol akan mengalahkan Jerman di pentas final, sama seperti empat tahun lalu di Austria. Juga sama seperti 2 tahun lalu semasa separuh akhir Piala Dunia. Maka, dengan menggunakan sifir yang mudah, Sepanyol akan layak ke separuh akhir dan seterusnya layak ke final untuk menumpaskan Jerman. 


Rating Jangkaan Keseronokan Perlawanan / Rating of Expected Game Excitement : 9.5/10
Ramalan : Sepanyol 2 - 0 Perancis


Imbau kembali. Nanti nak buat lagi sekali.

























EPL Clubs : Total Trophies

OK, guys. Here are the EPL big clubs total trophies. I give you facts. ONLY FACTS. Compare it. Judge it. Think about it. And tell me, which one is the best.






Manchester City


Premier League : 3
FA Cup : 5
League Cup : 2
Community Shield : 3
European Cup / Champions League : 0
UEFA Cup : 0
UEFA Super Cup : 0


Chelsea

Premier League : 4
FA Cup : 7
League Cup : 4
Community Shield : 4
European Cup / Champions League : 1
UEFA Cup : 0
UEFA Super Cup : 1


Arsenal

Premier League : 13
FA Cup : 10
League Cup : 2
Community Shield : 12
European Cup / Champions League : 0
UEFA Cup : 0
UEFA Super Cup : 0


Manchester United


Premier League : 19
FA Cup : 11
League Cup : 4
Community Shield : 19
European Cup / Champions League : 3
UEFA Cup : 0
UEFA Super Cup : 1

Liverpool

Premier League : 18
FA Cup : 7
League Cup : 8
Community Shield : 15
European Cup / Champions League : 5
UEFA Cup : 3
UEFA Super Cup : 3



TOTAL TROPHIES

Manchester City : 13
Chelsea : 21
Arsenal : 37
Manchester United : 57
Liverpool : 59


# YNWA



Nazmi ke Beira-Mar : Bayangkan ...



Sejak dua tiga hari ini, page-page bola di Facebook penuh dengan status Nazmi Faiz berjaya mengikat kontrak bersama Beira-Mar - kelab divisyen satu Liga Portugal - selama tiga tahun. Di Twitter juga telah menjadi trending. Pertama sekali, Bola-Kick ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nazmi. Sememangnya anda layak.



Sebenarnya gua malas nak ulas apa yang buat kelab Portugal jatuh hati dengan Nazmi kerana semua telah mengetahui bahawa Nazmi ini benar-benar 'wonderkid'.

Gua pun malas dah nak cerita panjang tentang orang yang berfikiran negatif tentang penghijrahannya ke sana. Naik fed-up gua dengar perpindahannya bertujuan marketing yang dibuat oleh Beira-Mar.

Tapi, satu yang gua pelik kenapa orang panggil dia 'Little Messi' dan sering menganggapnya sebagai seorang penyerang. Diorang tak tahu ke yang Nazmi ini pemain midfield dan seorang 'creative playmaker' yang bermain ala-ala Xavi. Diorang ini mesti jenis baru tengok bola tahun lepas. pffftttt... Kalau 'Little Xavi' atau 'Little Silva' lebih sesuai.

Biarlah. Apa yang penting sekarang, kita dah tak payah nak berangan-angan, "Nazmi ini kalau main dekat Eropah mesti ada masa depan yang cerah." Tak payah semua tu lagi dah. Apa yang perlu kita bayangkan sekarang ialah :

# Bayangkan, Nazmi bermain di liga Eropah yang sangat-sangat kompetitif di mana ramai pemain bertaraf dunia lahir di sana.

# Bayangkan, Nazmi bermain menentang FC Porto dan Benfica. Dan jika Nazmi menyerlah pasti scout mereka akan dihantar untuk menyaksikan setiap game Nazmi.

# Bayangkan, Nazmi diperhatikan oleh beratus atau mungkin beribu scout seluruh dunia yang mencari bakat di Liga Portugal.

# Bayangkan, musim pertama Nazmi, beliau dapat membantu Beira-Mar mendapat tempat ke-4 atau ke-5, atau berjaya memenangi Piala Portugal, maka, musim seterusnya Beira-Mar akan beraksi di Europa League.

# Bayangkan, apabila Nazmi bermain di Europa League. Nazmi akan menentang kelab-kelab ternama misalnya Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Napoli ataupun Marseille.

# Bayangkan, apabila sudah bermain di Europa League, kelab-kelab besar akan menghantar scout. Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Juventus, Manchester United, Liverpool, Bayern Munich, Borussia Dortmund dan banyak lagi. :o

# Bayangkan, PES2013 mendapat lesen rasmi SC Beira-Mar. Nazmi akan dikenali semua pemain PES2013 di seluruh dunia.

# Bayangkan, Nazmi di dalam Football Manager 2013. Pasti diberi gelaran 'Wonderkid'.

# Bayangkan, selepas itu, sendiri mau pikirlah ... 

Semoga berjaya



Mönchengladbach, Favre & Reus

Borussia Mönchengladbach. Mungkin ramai yang tidak mengenali kelab ini. Kita ini, yang sering digula-gulakan Astro & akhbar harian dengan perlawanan EPL, pasti sukar untuk kita mengenalinya.

Bundesliga. Satu liga di Eropah yang bagi aku, liga yang permainannya lebih berkualiti dari liga di England. Kita hanya sering mendengar kelab-kelab Jerman seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund & Schalke 04. Jarang kita dengar - Borussia Mönchengladbach. Kan?




Aku malas nak cerita panjang kelab ini. Tengok jelah video kat bawah ini.

Tapi, sebelum korang tengok video ini. Aku nak nasihatkan sikit. Kepada penyokong Barcelona, pembenci Barcelona, pencinta one-touch-football Barcelona mahupun seorang yang meluat dengan lakonan supeb Barcelona & sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan corak permainan Barcelona. Bila tengok video ini, JANGAN TERKEJUT !


Sehinggakan, video ini diberi nama, Borussia Barcelona.

Borussia Mönchengladbach menamatkan Bundesliga 2011/12 di kedudukan ke-4. Pada musim hadapan, mereka akan beraksi di play-off UEFA Champions League.

Dengan corak permainan seperti ini, aku rasa pelik sikit. Macam mana dia tak dapat jadi juara? Mungkin ada puncanya. Aku tak tahu. Kalau korang tahu, tolong beritahu aku.

Jurulatihnya ialah Lucien Favre. Mengikut kajian aku (betulkan kalau aku salah), beliau tidak ada kaitan dengan Barcelona yang bermain one-touch-football mahupun pasukan Belanda yang bermain total football.

Hai.
Lucien Favre berasal dari Switzerland, di mana aku pasti negara di sana tidak bermain seperti ini. Antara kelab yang pernah beliau bimbing ialah :

1991–1995   Echallens
1997–2000   Yverdon Sports
2000–2002   Servette
2003–2007   Zürich
2007–2009   Hertha BSC
2011–   Borussia Mönchengladbach

Pemain sensai dalam kelab ini ialah Marco Reus, 22. Beliau digelar 'The Rocket' kerana finishing yang meletup. Di waktu karier remajanya, beliau pernah menyertai Post SV Dortmund, Borussia Dortmund & Rot Weiss Ahlen.

Cakap dengan Ronaldo, Messi & Neymar - be ready !

Namun, khidmatnya bersama Borussia Mönchengladbach sudah tamat. Bermula musim 2012/13, beliau akan menyertai kelab remajanya semula. 1 Julai 2012, beliau akan sah menjadi pemain Borussia Dortmund. Bertambah-tambah kuatlah lagi Borussia Dortmund.





Pembaca yang bijak

Musim La Liga sudah pun melabuhkan tirainya. Umum telah mengetahui bahawa Real Madrid telah merampas semula makhota kejuaraan dari Barcelona. Suatu masa dulu, ketika La Liga sedang rancak berjalan, Bola-Kick menjalankan dua undian :


1. Juara La Liga musim ini?
2. Top goal scorer La Liga musim ini?


Ternyata, pembaca-pembaca Bola-Kick amat bijak. Ini keputusannya :





Perginya Seorang Lagenda

Pep Guardiola, Jurulatih Barcelona.... Oops bekas jurulatih Barcelona. Sebagai seorang die hard fans Barcelona atau lebih ringkas Barca, pemergiannya meninggalkan kelab The Catalan itu amat menyakitkan. Ya walaupun belum sepenuhnya tamat khidmat beliau namun seolah-olah kesedihan sudah dirasai.

Tidak, kami yang patut memberi ' thumbs up '



Awal pagi tadi berakhir lah tugasnya membimbing pasukannya didalam La Liga yang memberi keputusan 2-2 menentang Real Betis yang beraksi dengan 10 orang pemain. Pada 25 Mei merupakan tarikh terakhir khidmat beliau ditagih untuk Barcelona menentang Athletic Bilbao bagi Piala Raja Sepanyol

Ingat liga kali pertama dia memimpin Barcelona ? Menang treble bro !! dan sepanjang beliau di Barcelona selama 4 tahun sudah 13 trophy diperoleh. Bayangkan jika lebih lama. Fuhh takyah cakap lah, rasanya lagi banyak trophy yang dimenangi berbanding jaringan Fernando Torres HAHAHA !! Pep Guardiola, pergi mu tiada ganti. win with respect, lose with pride. HALA BARCA !!!

Bingkisan Bola Sepak Domestik England 2011/12

Juara Liga Perdana Inggeris - Manchester City FC


Juara Piala FA - Chelsea FC



Juara Piala Liga - Liverpool FC
.
.
.
.
.
.
.

Oh lupa, ada satu lagi 'piala'.
Juara Community Shield - Manchester United FC. Community SHIELD tau. SHIELD. Saya ulang sekali lagi, SHIELD. Bukan CUP. Inilah 'piala' yang fans Man Utd dok kecoh-kecoh itu.
.
.
.
.
.
.
.

Eh, ini siapa pula pergi upload gambar ini?! Ini zaman kuno punya.


Bola Sepak Dunia Masa Kini Dan Selamanya !

Dalam leka dok layan ' PESBUK ' saya tertarik dengan satu video yang di 'post'kan iaitu ketika Yaya Toure ditemubual bersama-sama dengan rakan sepasukannya iaitu Joleon Lescott selepas tamat satu perlawanan dimana Yaya Toure menyumbangkan 2 gol malah merupakan gol kemenangan pasukannya menentang Newcastle


Ini bukan lah sifat rasis yang ingin dipertonjolkan. Ia hanya lah sekadar pandangan. Pada hari ini semakin ramai Star-player yang memeluk Islam diantaranya :

Arsenal
Robin van persie, Bacary Sagna, Nacer Barazite, ,abou diaby,thiery henry(subhah), Marouane Chamakh, Johan Djourou

Everton
Aiyegbeni Yakubu,Leon Osman,Marouane Fellaini

Manchester City
Kolo Toure, Yaya Toure, Edin Dzeko, Samir Nasri 

Sunderland
Lorik Cana, Sulley Ali Muntari, el-muhammadi 

Chelsea
Nicolas Anelka ( Abdul-Salam Bilal) , Salomon Kalou,
    
Fulham
Diomansy kamara,Papa Boupa Diop

QPR
Armand traore 

Newcastle
Hatem Ben Arfa, Papiss Cisse, Demba Ba
Lain-Lain Muslim (dalam EPL):
Ali Al Habsi (Wigan Athletic), Nabil El Zhar (Liverpool Fc), Abdoulaye Méïté (West Bromwich Albion), El Hadji Diouf (Blackburn Rovers), Salifou (Aston Villa), Mustapha (Bolton Wanderers)

Lain-Lain Muslim (Eropah):
Sami Khedira (Real Madrid), Mesut Oezil (Real Madrid), Franck Ribery (Bayern Munchen), Lassana Diarra (Real Madrid), Ibrahim Affelay (Barcelona), Karim benzema (Real Madrid), David Trezeguet (Juventus), Kanoute (Sevilla), Eric Abidal (Barcelona), Hamit Altintop (Real Madrid) dan ramai lagi

Fatwa Pemain Bola Sepak Muslim Berpuasa
"Jika seorang pemain bola harus bertanding di bawah kontrak yang merupakan satu-satunya sumber penghasilannya,dan jika dia harus memainkan pertandingan tersebut selama bulan Ramadan,serta jika berpuasa akan mempengaruhi tenaganya dalam bermain bola,maka pemain bola muslim tersebut dapat membatalkan puasanya atau tidak berpuasa"
Fatwa untuk pemain bola:sumbernya kurang sahih

Tah kenapa tiba-tiba terlintas nak google benda ni tapi apa yang mengejutkan ialah tak sangka rupanya ramai pemain bola yang memeluk Islam. Kanoute (Sevilla) juga telah membeli sebuah masjid di Sevilla.




Menakjubkan !!
Frank Ribery and Hamit Altintop, Umrah and Ramadhan


Sebagai seorang Muslim saya amat bangga. dan siapa cakap Islam agama yang mengongkong ? Maaf jika ada pihak yang terasa kerana ini hanya lah sebagai satu perkongsian. 


SEKIAN TERIMA KASIH !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...